Adakalanya mereka tidak akan memahami apa yang engkau lakukan. Sesuatu tafsiran hanya berlaku pada penzahiran; sekadar apa yang dilihat mereka.

Tidak mengapa.

Cukuplah Tuhan saja yang mengetahui setiap apa yang kau lakukan.

xxx

Ianya bukan hanya sekadar tentang kehidupan ini.
Ianya bukanlah hanya sekadar penzahiran.
Ianya bukanlah hanya sekadar apa yang kita lihat.
Ianya bukanlah hanya sekadar apa yang kita rasa.
Ianya bukanlah hanya sekadar apa yang kita dengar.

Ianya lebih daripada itu.

Ianya adalah uzlah.
Ianya adalah kekuatan diri.
Ianya adalah pembawaan diri.
Ianya adalah tentang mujahadah.
Ianya adalah perkenalan kepada Tuhan.
Ianya adalah pengabdian kepada Tuhan.
Ianya adalah kecintaan kepada Tuhan.

Walau pada zahirnya,

Dia dilihat celaka.
Dia dilihat tidak punya rasa.

Namun pada hakikatnya,

Dia lah paling merasa.
Dia lah paling terseksa.

xxx

Ianya bukanlah tentang seperti apa yang dicanang.

Namun semuanya adalah tentang dia dan Tuhannya.

Stay Updated
Masukkan email untuk dapat notification sebaik sahaja ada post baru di journey.amalyyna.com
Worry not, we respect your privacy :)