Dalam perjalanan itu, dia dibawa ke suatu tempat yang dia amat kenal. Dilihat bapanya sedang solat, ibunya sedang melakukan sesuatu sambil membebel, manakala Suhana sedang mengampai baju.

Tanpa ada apa2 perasaan masa kini (rindu dan sedih), dia kelihatan bersahaja. Lalu fahamlah dia bahawa time travel berlaku bersama dengan dirinya dalam keadaan present (pada waktu ketika itu), bukan waktu sekarang (2020).

Dia cuba mengingat, pada tahun berapakah dia dibawa namun tiada dimunculkan dalam kotak pemikiran; yang ada hanyalah visual position dapur dan bilik yang dia ingat sekitar dia bawah 12 tahun.

Maka fahamlah dia tentang ianya adalah subconscious memory yang dimunculkan semula. Terlalu dalam memori itu hingga tersimpan lebih 20 tahun lamanya.

Terlalu istimewa memory itu. Terlalu berharga memory itu.

Hingga dia merasa pada ketika itu dia sedang bergembira bahagia tanpa sedikit pun rasa sedih.

Dan apabila dia dikembalikan semula pada masa kini dan menulis tentang cerita ini, sebak mula hadir.

Direzkikan padanya untuk mengembara pada masa lalu hanyalah untuk dia merasai perbezaan, dan lantas bersyukur dengan tiap2 nikmat yang Tuhan berikan.

Alhamdulillah atas kehidupan masa lalu.

Alhamdulillah atas kehidupan masa sekarang.

Tiada apa yang ingin diubahnya; kerana celupan dan coraknya begitu indah dilakar oleh sang Kekasih.

Terima kasih.

xxxx

Sedikit masa sahaja lagi, engkau akan merasai kehidupan tanpa masa dan tanpa dukacita (bagi orang yang beriman dengan sebenar-benarnya).

Dan masa itu menunggu setiap daripada kita, namun bersediakah kita?

.

Stay Updated
Masukkan email untuk dapat notification sebaik sahaja ada post baru di journey.amalyyna.com
Worry not, we respect your privacy :)