Kegagalan adalah satu perkara perit untuk diterima apatah lagi ianya melibatkan perkara yang benar2 kita yakin bahawa kita mampu untuk memiliki atau beroleh kejayaan.

Bak kata Tuan Budi, benda dah masuk dalam tekak, dah rasa kemanisannya, tiba2 kena korek bawa keluar secara paksa. Meraung lah sesiapa pun, begitulah ibaratnya.

Namun, perit atau sakit terpaksa kita lalui dan jalani kerana dengan peristiwa kegagalan itu kita belajar tentang kesabaran, tentang percaya janji Tuhan, tentang kesungguhan dan penyerahan, serta tentang sebuah harapan.

Kerana kelak apabila ada dalam kalangan kita menghadapi peristiwa yang sama, kehadiran kita mampu menenangkan mereka dan mampu memberi semangat kepada mereka semula untuk bangkit. Itulah persiapannya– memberi manfaat terhadap orang lain walau dengan hanya kehadiran atau sedikit kata yang mampu membangkitkan semula jiwa2 yang jatuh.

Nampak seperti perkara kecil, namun besar manfaatnya terhadap orang lain yang merasainya. Kerana itu kehidupan mereka2 yang dipersiapkan untuk pemanfaatan terhadap orang2 sekeliling, masyarakat, dan ummah amat besar ujiannya sesuai dengan peranan dan tanggungjawab mereka.

xxx

“Cik amalina… sorry. We failed”.

“It’s okay, we have done our best”, balas saya dengan senyuman mengingatkan momen2 saya diterpa kegagalan yang hanya memerlukan kata2 sebegini.

“Next time, I will make sure we have enough time to prepare”, katanya dengan penuh keazaman.

Ya, itulah keindahan di sebalik kegagalan– menjadikan manusia lebih kuat dan bertekad tinggi.

Related post: A Fighter

.

Stay Updated
Masukkan email untuk dapat notification sebaik sahaja ada post baru di journey.amalyyna.com
Worry not, we respect your privacy :)